LAMAN sosial Facebook kini sudah mencapai tahap “perkongsian maklumat melampau” lebih dari sekadar berkongsi status, gambar makanan atau aktiviti harian tetapi berkongsi saat kematian.
Itulah yang dilakukan suami durjana Derek Medina yang menembak isterinya kemudian memuatnaik gambar mayat isterinya di atas lantai ke laman Facebooknya.
Lelaki itu juga memuatnaik pengakuan rasminya membunuh isterinya, Jennifer Alfonso.
Dia dihadapkan di hadapan Hakim Miami Maria Elena Verde sehari selepas kejadian itu. Dilihat berpakaian pakaian berwarna hitam seperti pesakit mental atau tahanan kes bunuh, dia diperintahkan untuk ditahan tanpa bon.
Dia bakal menghadapi hukuman mati jika disabitkan kesalahan atas tuduhan membunuh darjah pertama.
Derek, 31 tahun, mengejutkan rakan Facebooknya apabila dia memuatnaik pengakuan bahawa dia baru sahaja menembak isterinya yang berusia 26 tahun itu.
Dia mendakwa isterinya itu, kerap menumbuk dan menderanya secara fizikal. – Mynewshub.my
No comments:
Post a Comment